Atau nama lainnya; fabric cutting machine ataupun bahasa melayunya – mesin potong kain.

Serious dah lama cari tool ni sebab pernah tengok bag designers guna dalam TV series – Project Accessory. Saya suka tengok TV show ni sebab fokus kepada design bag dan accessories. Melalui show ni boleh tengok step-by-step bagaimana sesuatu bag terhasil. Bukan mudah nak buat sesuatu beg tu, bukan main jahit je ye. Kadang-kadang boleh belajar benda baru pasal bag making. Salah satunya ialah, kita boleh tengok tools apa yang mereka (designer) gunakan. Saya tengok, mereka guna mesin untuk potong kain. Tak tahu pulak ada mesin macam tu, ingatkan kayu papan je ada pemotong. Kain pon ada, rupanya!

anatomy of bag

 

Fabric Cutting Machine

Salah satu masalah yang saya sering hadapi ialah, kesukaran memotong kain tebal seperti kain canvas dan juga leather. Gunting cepat tumpul kalau selalu guna untuk potong kain-kain tebal. Saya prefer hantar ke kedai untuk diasah kalau tumpul, kos mengasah gunting biasanya RM5 sahaja. Leave it to the pro. Jangan memandai nak asah gunting dekat batu pengasah pisau daging tu haha!

Lagi satu, kalau potong satu-satu helai kain semestinya akan ambil masa. Masa itu emas. Jadi kena fikir cara untuk jimatkan masa. Iaitu kita gunakan mesin pemotong kain. Boleh potong 4-5 helai sekali gus.

Saya dah search, tak mahal pun mesin ni. RM200-RM300 sahaja. Berbaloi juga kalau beli ni.

Where To Buy

Setakat ni saya jumpa 2 online shop yang jual tool ni.

1) LSN (http://www.lsn.com.my/cloth-cutting-ironing-equipment/wd50-2-mini-cutting-machine) RM290 +RM11 untuk penghantaran

LSN cutting machine

2) Krafezee (http://www.krafezee.com/2-inches-electric-minishear-cutter) RM290 +RM11 untuk penghantaran

Krafezee cutting machine

 

Demo

Macam best! Tak sabar nak try sendiri nanti.

1 thoughts on “Bag Making Tool – Electric Rotary Cutter

Leave a Reply to Aisyah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.