Ingat tak entri sebelum ini mengenai penggunaan Designer Fabric untuk baju kurung? Saya telah pun beli 8 ela kain dengan 4 corak yang berbeza, 2 corak telah digunakan!
- 1 corak (Amy Butler Belle Collection, Coriander in Ivory) telah dijual kepada Aina dan;
- 1 corak lagi telah di buat Baju Kurung untuk adik tersayang
Baju kurung yang di buat untuk Si Adik tu adalah menggunakan fabrik dari “Heather Bailey” koleksi “FreshCut Collection”, corak “Cabbage Rose in PinkyPurple”. Kainnya pula saya hanya pilih kain pink corak kosong.
Pada pendapat saya, kain dari koleksi “FreshCut” ini sedikit tebal dari kain Amy Butler Midwest Modern, tapi masih boleh dibuat baju kurung. Kain FreshCut Collection ini tak seperti viscose cotton. Viscose cotton biasanya mempunyai tekstur yang lembut, tak berapa tebal dan selesa.
Tekstur Amy Butler Midwest Modern lembut seakan-akan viscose cotton. Mungkin lepas ni saya nak beli Koleksi Amy Butler Midwest Modern 2 pulak untuk di buat baju kurung! :cheer:
Ini hasilnya…
Tempahan dibuka!!!
Buat masa sekarang saya hanya ada 2 corak ini sahaja;
- Amy Butler Lotus Collection, Tree Peony in Pink – 2 yards
- Heather Bailey FreshCut Collection, Finery in PinkyPurple – 2 yards
Kain ini hanya digunakan untuk membuat baju/top sahaja. Untuk kain bawah/bottom saya akan digunakan kain plain.
Ciri-ciri;
- jenis : baju kurung biasa
- material : cotton
- span bahu
- jahitan mata lalat
Saiz dan harga {updated on 21st May, 2009}
[table id=1 /]*Buat sementara ini saya akan buat saiz S sahaja.
**Lebih bagus jika anda ada ukurun sendiri
***Buat sementara waktu ni, harga untuk saiz S sahaja!
Cara-cara membuat tempahan DAN syarat-syarat!
Syarat-syaratnya, anda perlu membayar wang pendahuluan dan tunggu sehingga 2-3 minggu kerana setiap baju akan dibuat mengikut permintaan.
- Sediakan ukuran anda (atau pilih saiz samada S/M/L/XL).
- Pilih corak kain.
- Buat pembayaran pendahuluan sebanyak RM50! (AND PLS NO BACKOUT!)
- Baju akan dijahit dan proses ini memakan masa 2 minggu.
- Setelah baju hampir siap, saya akan maklumkan tentang proses pembayaran untuk baki seterusnya. Baki pembayaran perlu diselesaikan dalam masa 3 hari setelah menerima e-mel dari kami.
- Setelah siap, baju akan di hantar melalui khidmat Parcel Pos Malaysia, penghantaran adalah percuma! 😉
Kalau setuju dengan syarat-syarat ni, anda boleh lah membuat tempahan dengan kami. :inlove: Kalau ada apa-apa soalan, boleh tanya… saya akan bantu sebaik mungkin.
Permintaan atau cadangan
Sila kongsi pendapat/cadangan anda dengan meninggalkan komen. Kalau ada permintaan atau soalan jangan malu-malu tanya. Saya akan cuba jawab sebaik mungkin! 🙂
Hi, how much eh tempahan?
RM170 dan penghantaran percuma 😉
berminat ke?
Oh..price dah update..hehe
price tu termasuk kain ke?kalau i bg my own kain plak, how much eh?soriii byk tanye 😉
tq
kalau kain bawah sendiri, just minus RM15 from the stated price 😉
tapi kain tu shira kena post ke saya dulu la.. dan pos tu tanggungan anda lah~ :ops:
wah canteknye
shambie ade corak polka dot x?
bminat sgt3
klu de pre order let me know ya~
kain tu berapa RM semeter? akak memang suka kain viscose…
kain tu RM40++ seELA
in my opinion, kain amy butler koleksi midwest modern yg lembut mcm viscose.. koleksi dia yg lain tu tebal skit
Shambie, dress x buat ke? 🙂
.-= nattasha zainal´s last blog ..wth am i doing? =-.
ehehe belum cuba lagi. ada rasa ingin buat jugak~ 😉 menarik tuuu
shambie; mas nak wat tempahan baju kurung la.. saiz L -amy butler lotus collection. so pliz email me yea.. thanx 😀
replied :aww:
assalam sis . nak tnya kalau nak buat kurung guna kain plain besanya guna kain jenis mcamana ? klu guna satin n cotton panas ckit , jd kain jenis apa lg yg ssuai ? hrp dpt tlng hihih 🙂
Salam dear. Biasa sis guna plain Japanese cotton and setakat ni sis rasa ok je.. tak panas pun :p Kalau Aisyah rasa panas pakai satin or cotton, Aisya boleh try guna chiffon, tapi material ni nipis and jarang. Kena pakai petticoat :ops: tp nanti rasa panas juga. hoho