Maaf la, aku menyepi buat seminggu… Bukan aku malas tapi komputer aku ni buat hal.
Sampai aku fed-up dibuatnya! Dalam hati rasa nak menyumpah-nyumpah tapi kan puasa 🙂
bersabar ajelah… hehe

Komputer ni asyik meragam, sakit jiwa aku!!! Hari ini baru boleh ON, nasib baik. *fuuuh*
nak je aku campak ke laut!

2 mockup designs for label

Baru lepas hantar design label kepada Docnan, bulan Oktober nanti siapla!

I’m behind schedule for almost everything! Benci sungguh!

Test kereta 1 Oktober nanti, itu aje tarikh yang tinggal. Harap-harap dapat Lesen P cepat-cepat kan. Viva dapat minggu depan. Dah bayar 2-3 hari yang lepas, warna Tropical Green. Ok la~ Pearl Jade nampak macam wimpy, kata adik aku! Betul ke?

2 hari yang lalu aku buat medical check-up dekat hospital, leceh gell prosedur nya. Dan esok aku kena pergi hospital lagi sekali untuk ambil keputusan ujian air kencing dan appointment dengan doktor.

Cakap pasal ‘keputusan’ ni, hehe aku gagal dalam ujian Pegawai Tadbir dan Diplomatik! It’s ok, aku dah dapat kerja Pegawai Teknologi Maklumat tu. Tapi aku tak tau lagi bila kena lapor diri, masih menunggu surat dari JPA.

Mungkin aku akan menghilang lagi, banyak lagi kerja tak siap! Tempahan kawan-kawan adik aku pun ada lagi tak buat, email penting masih tak berbalas, argh~!!! Komputer pula meragam! Biskut belum buat lagi, dah lama aku tak makan Choc Chip Cookies! Terliur-liur ni!

Minggu ini, misi membuat ‘backup’!!!

4 thoughts on “hilangkah aku?

  1. mizah says:

    hye shambie! i missed out byk gileerrrrrrrr entries. how’s life nway? brg2 kat kedai awak pun bertambah nmpk..hehe

    oohh congrats on the gud news 🙂 selamat menjadi pegawai gomen!

Leave a Reply to mizah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

This site uses cookies to offer you a better browsing experience. By browsing this website, you agree to our use of cookies.